Saturday, September 27, 2008

... and the Telenovela continues.

"Pelan Terkini" saga Peralihan Kuasa di antara Pak Lah dan Najib Razak yang di putuskan dalam mesyuarat khas MT UMNO semalam (26/9) telah mencetuskan berbagai reaksi rakyat Malaysia. Kebanyakan nya terjurus kepada ketidakpuasan hati atas penerusan suasana Wayang Kulit dan sandiwara yang tiada hujung pangkal nya, apatah lagi di masa negara menghadapi berbagai jenis cabaran luaran dan dalaman.

Ku Li, satu-satu nya watak yang berpotensi mencabar Pak Lah atau Najib untuk jawatan presiden UMNO di petik oleh The Star :-


"Now we know that Malaysia has First World infrastructure and Third World politics, with leaders turning us into a banana republic. I think I speak for the country when I say we are embarrassed at the sight of two grown men playing this endless children’s game of yours and mine with the most important job in the country, oblivious of the law, oblivious to the damage they are doing to the country.”







Sebenarnya, kemusykilan ini timbul apabila "plot" telenovela terkini UMNO ini tidak serasi antara Part I dan Part II.

Begini:-

Part I : Tangguh Perhimpunan Agung selama tiga bulan ke Mac 2009. O.K. So far, so good. Ini boleh di tafsirkan sebagai ruang penafasan buat Pak Lah berundur secara terhormat dan berwibawa di detik tersebut.


Logik dan dalil yang tersirat dalam pendirian ini sepatutnya di susuli oleh saranan Pak Lah yang jelas dan jitu bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan presiden dan akan bersara menjelang Perhimpunan Agung tersebut. Itu sepatutnya plot utama Part II telenovela ini.

Tetapi:-

Part II : Pak Lah kata beliau akan tentukan kemudian (sebelum 9hb Okt ini) samada mau bertanding jawatan presiden atau tidak. Inilah detik dimana skrip sandiwara ini sudah terbelit, sudah masuk ke alam sutradara Tamil MGR.

Pokoknya, kalau masih ada kemungkinan bertanding, apakah logik tundaan tersebut? Tak payah lah tunda. Masuk saja gelanggang pada bulan Disember 2008 ini dan selesaikan sandiwara ini sekali gus ... once and for all. Kalau dah tunda tiga bulan, lepas tu nak bertanding lagi, apakah rasional nya di panjangkan suasana ketidaktentuan ini?


Aneh sekali.


Kalau di tanah seberang, mungkin di omongin orang: "Berpolitik kayak gembel gitu susah banget sih. Udah jelek, goblok lagi."

Ya pak, budaya flip flop dan indecisiveness ini masih mekar mengembang di tanah air kita. Negara akan terus terjerumus dalam kancah kebingungan sosio-politik yang semakin parah, di mana berbagai pihak sudah mula lantang bersuara mempersoal martabat bangsa kita dengan kebiadaban dan keangkuhan yang luar biasa. UMNO sudah tiada pemandu, tiada penghulu, dan akan tergantung -- on life support -- selama 5-6 bulan lagi.

Adakah ini baik buat negara? Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi yang sudah tentu, selagi ianya tiada berkepala, UMNO akan terus di cabar dan di persenda oleh musuh-musuh nya. Luka-luka nya akan semakin berbisa. Bila cedera sudah parah, rawatan nya harus jitu, tegas dan mujarab, walaupun pesakit akan rasai keperitan dan kepedihan penawar tersebut.