Saturday, May 4, 2013

Jahaaaane negeri kerano mung ............ kito T U K A R laa weii




Dua puluh tiga tahun itu agak lama. 

Kalau kereta, dah hampir boleh apply Classic Car Status dengan JPJ dan dapat 80% diskaun roadtax.  Kalau kaum Hawa, ada yang sudah ada 2-3 anak .... syabas. Kalau pokok getah atau kelapa sawit, hasil mulai kurang, dah kena tanam semula.  Haiwan pun banyak dah lama padam selepas 23 tahun, kecuali mungkin sang penyu, kura-kura dan sekor dua berok tua.



Gambar sekadar hiasan. Itu bukan orang Kelantan.




Ya, dua puluh tiga tahun memang lama.

Kelantan Darul Naim sekarang sudah dua puluh tiga tahun dibawah belenggu PAS. Dan dalam 23 tahun itu, negeri ini tersepit di bawah tampuk seorang insan bernama Nik Aziz Nik Mat. Seperti juga kereta, pokok getah dan haiwan pemeliharaan, selepas 23 tahun, Nik Aziz juga sudah tua, umur sudah mencecah 80an.

Dalam 23 tahun ini, semakin meningkat umur Nik Aziz, semakin lah terabai rakyat negeri Kelantan. Dan semakin berumur Nik Aziz, semakinlah beliau dikerumuni oleh berbagai-bagai watak aneh dan parasit jalanan. Bertopengkan ciri-ciri ular-mak PAS dan sering ber-kostum lengkap -- serban atau ketayap; janggut tiga urat; biji mata diperik macam ostad ajar Quran -- watak-watak ini sudah lebih dua dekad menunggang sang beruk tua untuk kepentingan peribadi.

Kenapa saya kata kepentingan peribadi? 

Tanyalah mana-mana parasit ber-kostum Abu Nawas ini, "ggapo hok Keghajé'é parti YB buak ko ambo, ko ghakyak Kelaté, ko negeghi Kelaté?" Selain dari omongan kosong dan fakta-fakta khayalan canaan ceramah tepi longkang, YB itu tidak akan ada jawapan kerana tiada apa yang telah dilakukan. Sebaliknya, dia akan menyalahi orang lain dan parti lain, terutamanya UMNO/BN. Prasarana tiada, salah BN. Gejala pil kuda berleluasa, salah BN. Kadar pengangguran tinggi, salah BN. Nasi Berlauk tak sedap, salah BN, perut boroi kepala dah botak, salah BN .......
    
Nik Aziz dan kuncu-kuncu PAS nya tahu dan faham hati sanubari orang Kelantan. Kefahaman ini mereka salahgunapakai. Mereka amat arif tentang kecenderongan kerohanian yang tinggi dan sifat kedaerahan yang begitu mendalam dikalangan orang Kelantan. Sebab itulah gerompolan Abu Nawas ini boleh menggenggam rakyat dan negeri Kelantan lebih dua dekad. 

Agama disalahguna ketahap parah. Agama dan politik dicampurhaduk sehingga PAS=Islam dan UMNO/BN sinonim dengan puak "tolak Islam." Penyokong PAS tegar berasa diri mereka "lebih Islam" dari orang lain, apatah lagi orang UMNO/BN yang Nik Aziz kata sudah "tolak Islam" dan sering beliau "kafirkan." Yang cetek agama atau yang tiada pendirian akan "masok PAS" supaya tidak dicemuh oleh gerompolan ular-mak samseng yang berleluasa di setiap pelusuk kampung dan desa.

Setelah menggondol ramai pengikut, maka jadilah besar kepala, ego sudah ketahap langit. Sampai Syurga pun boleh di gerenti. Ya, "pakoh PAH mung masok Syurgo. Aku jaming."  Islam apa ini?   


Tiada tempat dalam dunia agama suci Islam disalahguna sedemikian rupa.

Jadi berduyun-duyunlah adek kakok kita pergi pakoh parti Pah setiap kali pilihanraya. Gerompolan ular-mak ini makin selesa, perut makin boroi, mulalah berbini dua tiga dan rancak bersubahat dengan si Cina DAP dalam berbagai bisnes olok-olok. Hutan rimba ditebang hingga botak segala bukit dan gunung ganang. Tanah peneroka tak ber-geran (kerana geran pun tak di beri selepas tunggu berbelas tahun) dirampas dan ditibai si Cina DAP juga. Di Kota Bharu, orang asal Lembah Sireh diberi gantirugi yang tak setimpal dengan nilai tanah, itu pun kalau diberi. Ganjaran kepada kerajaan negeri yang patut diberi oleh pemaju Cina itu juga tidak dilunaskan. Negeri dapat sedikit sahaja. Tapi, tanah dan beratus lot kedai sudah dijual; wang diangkot tak tahu kemana.





Kenapa rakyat Kelantan tidak bangkit memarahi kerajaan PAS? Kerana si ular-mak ni pandai bersandiwara, menyalahguna lunas-lunas keagamaan dan menyalahi UMNO/BN walaupun berbagai musibah ciptaan PAS itu tiada kena-mengena dengan Najib Razak atau Mustapa Mohamed. Kalau rakyat masih tak puas hati, Nik Aziz suruh buat sembahyang hajat atau mayé ajat. Semua isu mereka selesaikan dengan dua cara -- salahkan UMNO/BN dan "mung gi mayé ajat." 

Jadi, hari demi hari, Nik Aziz dan gerompolan ular-mak PAS nya telah menanam "mentaliti mangsa" -- victim mentality -- ke dalam hati sanubari ramai orang Kelantan. Bila kita diasuh jadi mangsa, kita tidak bertanggungjawab atas nasib kita. Si pemalas tidak berdisiplin pun akui jadi mangsa UMNO/BN. Si pentadbir awam cuai kerja pun akui jadi mangsa UMNO/BN. Dari Menteri Besar ke ADUN hingga ke penyapu sampah, semua akui jadi mangsa UMNO/BN sebagai alasan tak pandai buat kerja.  

Bilo boh dok beradu gaaak .......




Anok buoh pong ikut ghetek laaa weii ........

 
Nasi berlauk duo bukuh soghe nih!


 Kalu macé nih belako, negeri sapo tadbir?


Bila hari-hari lebih dari dua dekad kita dengar ceramah songsang dan ditanam "mentaliti mangsa" oleh Nik Aziz dan kuncu-kuncunya, apa jadi pada kita? Hancur. Ya, hancur. Masyarakat sudah tiada paksi, tiada struktur. Semua masalah ciptaan sendiri di longgok sebagai salah orang lain. Ramai rakyat berkeliaran hari-hari tanpa tujuan dan ketandusan motivasi. Yang bersemangat juang sudah lama berhijrah ke setiap pelusuk bukan hanya negara tetapi dunia. Hingga di Amerika pun ada orang Kelantan. Di Los Angeles, berlambak, maju jaya sampai dah beranak pinak. Yang tertinggal di Kelantan, kalau ada bisnes pusaka orang tua atau yang ada minda keusahawanan tinggi, bolehlah hidup selesa sedikit. Yang lain? Menyedihkan. 

Sekali-sekala, bila rakyat Kelantan bangkit dan tuntut lebuhraya dan stadium sukan, apa si ular-mak buat? Takda masalah. Buat saja majlis pecah tanah dan letak batu asas besar-besar. Lepas 2-3 bulan? Nothing. Orang Kelantan kata: "naik ghok balik." Tiada apa yang terbina. Kalau desak juga, Nik Aziz suruh pergi sembahyang hajat ... "kito samo-samo mayé ajat."



Highway impian khayalan sahaja. Jalan depan rumah pun berlubang sana sini, nak buat lebuhraya? Wang derma tin Milo projek ni pun entah kemana?  Adek kakok weii, nok highway pong keno maye ajat jugok ko?


Si ular-mak ni bola pun tak faham, tak minat. Nak stadium? Keno maye ajat lagi lah kawe weii ...


Nok buak Lebohrayo keno la beli tanoh oghe kapong. Ambo ado sawoh limo eka di lalué tuh. Takdok bunying kaba lagi keghajé'é Pah nok beli.  Ko lalu kok laing ...... atah kayangé ko? 
 







Apa yang terbina di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang, Pasir Puteh dan bandar-bandar besar lain rata-rata hasil keringat orang Kelantan sendiri dan rakan kongsi luar mereka. Peranan kerajaan PAS amatlah minimal. Dimana mereka masuk campur, sering negeri dan rakyat Kelantan akan rugi. Hartanah milik negeri diberi kepada pemaju tanpa bayaran timbal-balik yang manasabah.  

Dua puluh tiga tahun dibawah puak-puak ini, rakyat tidak di asuh berdisiplin dan hormati etika kejiranan dan pemeliharaan kemudahan awam. Ceramah mereka hanya memupuk kebencian dan menuding jari ke orang lain. Prasarana asas amat tidak sempurna, seolah tidak penting bagi gerompolan ular-mak ini. Sampah berselerak tidak dikutip, jalan berlubang disana-sini, longkang tiada, bahu jalan macam belukar .... harapkan dimakan oleh lembu kambing yang berkeliaran. Sampah dibuang merata tempat, kadang-kadang terus dari tingkap kereta. Pembangunan bandar tiada zoning plan. Banglo mewah bercampurhaduk dengan bengkel kereta dan kedai makan. Rumah dibina tanpa apa-apa kelulusan PBT, tiada building plan, tidak ikut building code, tiada setback, tanpa sistem perparitan atau pembentungan. Kedai kopi dan gerai buah dibiarkan menceroboh rizab jalan. Tiada apa bentuk kuatkuasa pun. Orang parking merata-rata. Jalan dua lorong jadi satu lorong; kadang-kadang terus jadi parking lot seperti di sekitar Wakaf Che Yeh dan Chabang Tiga Pengkalan Chepa. 


 
Kalau "Zon Bersih" sebegini rupa, zon biasa macam mana pulak?

 



Kesimpulannya, rakyat Kelantan sudah dua puluh tiga tahun berkorban untuk Nik Aziz dan PAS. Mereka sanggup minum dan mandi-manda air keruh; mengharungi sistem jalanraya tahap primitif; diselubungi suasana sampah merata-rata dan semak samun tidak terjaga; tanpa peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dan keupayaan sebenar individu; tanpa dibela oleh pihak berkuasa negeri, bahkan kadangkala ditipu dan diperbodohkan ............. Untuk apa? Untuk siapa? Kenapa? Adakah ini wajar? Hingga bila?

Cukuplah. Bo la wei adek kakok. Bo la kito korbé ko puok-puok nih.  Duo puloh tigo tahong doh adek kakok bui kuaso ko demo nih.  Tok dapak ggapo sekagho pong.

Sampai dah masa kita tukar. Beri peluang kepada Barisan Nasional tadbir sepenggal. Acu tra sepengga. Kito tengok lagu mano. Bui BN tuna janji dio macé macé tuh.  

Insya'Allah, hari ni kito T U K A R  Kelaté !!!