Saturday, May 4, 2013

Jahaaaane negeri kerano mung ............ kito T U K A R laa weii




Dua puluh tiga tahun itu agak lama. 

Kalau kereta, dah hampir boleh apply Classic Car Status dengan JPJ dan dapat 80% diskaun roadtax.  Kalau kaum Hawa, ada yang sudah ada 2-3 anak .... syabas. Kalau pokok getah atau kelapa sawit, hasil mulai kurang, dah kena tanam semula.  Haiwan pun banyak dah lama padam selepas 23 tahun, kecuali mungkin sang penyu, kura-kura dan sekor dua berok tua.



Gambar sekadar hiasan. Itu bukan orang Kelantan.




Ya, dua puluh tiga tahun memang lama.

Kelantan Darul Naim sekarang sudah dua puluh tiga tahun dibawah belenggu PAS. Dan dalam 23 tahun itu, negeri ini tersepit di bawah tampuk seorang insan bernama Nik Aziz Nik Mat. Seperti juga kereta, pokok getah dan haiwan pemeliharaan, selepas 23 tahun, Nik Aziz juga sudah tua, umur sudah mencecah 80an.

Dalam 23 tahun ini, semakin meningkat umur Nik Aziz, semakin lah terabai rakyat negeri Kelantan. Dan semakin berumur Nik Aziz, semakinlah beliau dikerumuni oleh berbagai-bagai watak aneh dan parasit jalanan. Bertopengkan ciri-ciri ular-mak PAS dan sering ber-kostum lengkap -- serban atau ketayap; janggut tiga urat; biji mata diperik macam ostad ajar Quran -- watak-watak ini sudah lebih dua dekad menunggang sang beruk tua untuk kepentingan peribadi.

Kenapa saya kata kepentingan peribadi? 

Tanyalah mana-mana parasit ber-kostum Abu Nawas ini, "ggapo hok Keghajé'é parti YB buak ko ambo, ko ghakyak Kelaté, ko negeghi Kelaté?" Selain dari omongan kosong dan fakta-fakta khayalan canaan ceramah tepi longkang, YB itu tidak akan ada jawapan kerana tiada apa yang telah dilakukan. Sebaliknya, dia akan menyalahi orang lain dan parti lain, terutamanya UMNO/BN. Prasarana tiada, salah BN. Gejala pil kuda berleluasa, salah BN. Kadar pengangguran tinggi, salah BN. Nasi Berlauk tak sedap, salah BN, perut boroi kepala dah botak, salah BN .......
    
Nik Aziz dan kuncu-kuncu PAS nya tahu dan faham hati sanubari orang Kelantan. Kefahaman ini mereka salahgunapakai. Mereka amat arif tentang kecenderongan kerohanian yang tinggi dan sifat kedaerahan yang begitu mendalam dikalangan orang Kelantan. Sebab itulah gerompolan Abu Nawas ini boleh menggenggam rakyat dan negeri Kelantan lebih dua dekad. 

Agama disalahguna ketahap parah. Agama dan politik dicampurhaduk sehingga PAS=Islam dan UMNO/BN sinonim dengan puak "tolak Islam." Penyokong PAS tegar berasa diri mereka "lebih Islam" dari orang lain, apatah lagi orang UMNO/BN yang Nik Aziz kata sudah "tolak Islam" dan sering beliau "kafirkan." Yang cetek agama atau yang tiada pendirian akan "masok PAS" supaya tidak dicemuh oleh gerompolan ular-mak samseng yang berleluasa di setiap pelusuk kampung dan desa.

Setelah menggondol ramai pengikut, maka jadilah besar kepala, ego sudah ketahap langit. Sampai Syurga pun boleh di gerenti. Ya, "pakoh PAH mung masok Syurgo. Aku jaming."  Islam apa ini?   


Tiada tempat dalam dunia agama suci Islam disalahguna sedemikian rupa.

Jadi berduyun-duyunlah adek kakok kita pergi pakoh parti Pah setiap kali pilihanraya. Gerompolan ular-mak ini makin selesa, perut makin boroi, mulalah berbini dua tiga dan rancak bersubahat dengan si Cina DAP dalam berbagai bisnes olok-olok. Hutan rimba ditebang hingga botak segala bukit dan gunung ganang. Tanah peneroka tak ber-geran (kerana geran pun tak di beri selepas tunggu berbelas tahun) dirampas dan ditibai si Cina DAP juga. Di Kota Bharu, orang asal Lembah Sireh diberi gantirugi yang tak setimpal dengan nilai tanah, itu pun kalau diberi. Ganjaran kepada kerajaan negeri yang patut diberi oleh pemaju Cina itu juga tidak dilunaskan. Negeri dapat sedikit sahaja. Tapi, tanah dan beratus lot kedai sudah dijual; wang diangkot tak tahu kemana.





Kenapa rakyat Kelantan tidak bangkit memarahi kerajaan PAS? Kerana si ular-mak ni pandai bersandiwara, menyalahguna lunas-lunas keagamaan dan menyalahi UMNO/BN walaupun berbagai musibah ciptaan PAS itu tiada kena-mengena dengan Najib Razak atau Mustapa Mohamed. Kalau rakyat masih tak puas hati, Nik Aziz suruh buat sembahyang hajat atau mayé ajat. Semua isu mereka selesaikan dengan dua cara -- salahkan UMNO/BN dan "mung gi mayé ajat." 

Jadi, hari demi hari, Nik Aziz dan gerompolan ular-mak PAS nya telah menanam "mentaliti mangsa" -- victim mentality -- ke dalam hati sanubari ramai orang Kelantan. Bila kita diasuh jadi mangsa, kita tidak bertanggungjawab atas nasib kita. Si pemalas tidak berdisiplin pun akui jadi mangsa UMNO/BN. Si pentadbir awam cuai kerja pun akui jadi mangsa UMNO/BN. Dari Menteri Besar ke ADUN hingga ke penyapu sampah, semua akui jadi mangsa UMNO/BN sebagai alasan tak pandai buat kerja.  

Bilo boh dok beradu gaaak .......




Anok buoh pong ikut ghetek laaa weii ........

 
Nasi berlauk duo bukuh soghe nih!


 Kalu macé nih belako, negeri sapo tadbir?


Bila hari-hari lebih dari dua dekad kita dengar ceramah songsang dan ditanam "mentaliti mangsa" oleh Nik Aziz dan kuncu-kuncunya, apa jadi pada kita? Hancur. Ya, hancur. Masyarakat sudah tiada paksi, tiada struktur. Semua masalah ciptaan sendiri di longgok sebagai salah orang lain. Ramai rakyat berkeliaran hari-hari tanpa tujuan dan ketandusan motivasi. Yang bersemangat juang sudah lama berhijrah ke setiap pelusuk bukan hanya negara tetapi dunia. Hingga di Amerika pun ada orang Kelantan. Di Los Angeles, berlambak, maju jaya sampai dah beranak pinak. Yang tertinggal di Kelantan, kalau ada bisnes pusaka orang tua atau yang ada minda keusahawanan tinggi, bolehlah hidup selesa sedikit. Yang lain? Menyedihkan. 

Sekali-sekala, bila rakyat Kelantan bangkit dan tuntut lebuhraya dan stadium sukan, apa si ular-mak buat? Takda masalah. Buat saja majlis pecah tanah dan letak batu asas besar-besar. Lepas 2-3 bulan? Nothing. Orang Kelantan kata: "naik ghok balik." Tiada apa yang terbina. Kalau desak juga, Nik Aziz suruh pergi sembahyang hajat ... "kito samo-samo mayé ajat."



Highway impian khayalan sahaja. Jalan depan rumah pun berlubang sana sini, nak buat lebuhraya? Wang derma tin Milo projek ni pun entah kemana?  Adek kakok weii, nok highway pong keno maye ajat jugok ko?


Si ular-mak ni bola pun tak faham, tak minat. Nak stadium? Keno maye ajat lagi lah kawe weii ...


Nok buak Lebohrayo keno la beli tanoh oghe kapong. Ambo ado sawoh limo eka di lalué tuh. Takdok bunying kaba lagi keghajé'é Pah nok beli.  Ko lalu kok laing ...... atah kayangé ko? 
 







Apa yang terbina di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang, Pasir Puteh dan bandar-bandar besar lain rata-rata hasil keringat orang Kelantan sendiri dan rakan kongsi luar mereka. Peranan kerajaan PAS amatlah minimal. Dimana mereka masuk campur, sering negeri dan rakyat Kelantan akan rugi. Hartanah milik negeri diberi kepada pemaju tanpa bayaran timbal-balik yang manasabah.  

Dua puluh tiga tahun dibawah puak-puak ini, rakyat tidak di asuh berdisiplin dan hormati etika kejiranan dan pemeliharaan kemudahan awam. Ceramah mereka hanya memupuk kebencian dan menuding jari ke orang lain. Prasarana asas amat tidak sempurna, seolah tidak penting bagi gerompolan ular-mak ini. Sampah berselerak tidak dikutip, jalan berlubang disana-sini, longkang tiada, bahu jalan macam belukar .... harapkan dimakan oleh lembu kambing yang berkeliaran. Sampah dibuang merata tempat, kadang-kadang terus dari tingkap kereta. Pembangunan bandar tiada zoning plan. Banglo mewah bercampurhaduk dengan bengkel kereta dan kedai makan. Rumah dibina tanpa apa-apa kelulusan PBT, tiada building plan, tidak ikut building code, tiada setback, tanpa sistem perparitan atau pembentungan. Kedai kopi dan gerai buah dibiarkan menceroboh rizab jalan. Tiada apa bentuk kuatkuasa pun. Orang parking merata-rata. Jalan dua lorong jadi satu lorong; kadang-kadang terus jadi parking lot seperti di sekitar Wakaf Che Yeh dan Chabang Tiga Pengkalan Chepa. 


 
Kalau "Zon Bersih" sebegini rupa, zon biasa macam mana pulak?

 



Kesimpulannya, rakyat Kelantan sudah dua puluh tiga tahun berkorban untuk Nik Aziz dan PAS. Mereka sanggup minum dan mandi-manda air keruh; mengharungi sistem jalanraya tahap primitif; diselubungi suasana sampah merata-rata dan semak samun tidak terjaga; tanpa peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dan keupayaan sebenar individu; tanpa dibela oleh pihak berkuasa negeri, bahkan kadangkala ditipu dan diperbodohkan ............. Untuk apa? Untuk siapa? Kenapa? Adakah ini wajar? Hingga bila?

Cukuplah. Bo la wei adek kakok. Bo la kito korbé ko puok-puok nih.  Duo puloh tigo tahong doh adek kakok bui kuaso ko demo nih.  Tok dapak ggapo sekagho pong.

Sampai dah masa kita tukar. Beri peluang kepada Barisan Nasional tadbir sepenggal. Acu tra sepengga. Kito tengok lagu mano. Bui BN tuna janji dio macé macé tuh.  

Insya'Allah, hari ni kito T U K A R  Kelaté !!!  




 

11 comments:

Mat Cendana said...

Assalamualaikum and Good Morning to KijangMas and the Demi Negara Community. I had written a comment at KijangMas' post at Facebook earlier. and then had written a different one here with the BlackBerry. However, there seems to be a problem in sending it... and I lost the whole thing, unfortunately.

But I feel I have to comment, and I decided to write a new post at my own blog for the purpose http://bit.ly/116gmev

I'm taking a big risk sticking out my neck with the possibility of being laughed at later today. But, big mouth that I am, I will do so anyway:-)

My prediction: the "Malaysian Spring" which the self-important, syiok sendiri Pakatan supporters have been declaring - would love to see the shock in their faces when it turns out that they are right... but in reverse. The Malaysian Spring will involve the Pakatan states - they will fall. With Kelantan, I wouldn't really be too surprised should PAS win less than a dozen seats.

"But what if PAS wins another term?" - well, I guess you all can laugh at me then. But I wouldn't lose anything if that were to happen. Don't want to sound like I'm gloating, which I'm not. However, I simply have to say this: ever since moving from Pasir Mas to Kota Damansara in 2010, I have seen how different things are - unlike Kelantan, these are places where opportunities abound and one is able to better himself in so many ways. I will likely remain here so it doesn't matter too much what happens at the end of today.

But at the same time, I do want things to be better in Kelantan so that my children will be able to have meaningful jobs there. The time for change is NOW and the Kelantan voters have to choice of either stubbornly remaining with a government that had lost its way long ago OR give the newly reformed and energetic team led by Mustapha Mohamad a chance. After 23 years, it's only fair - and wise - to choose the latter.

Kenn said...

Salam Hormat KijangMas DEMI NEGARA,

Selepas negara MALAYsia ini menjadi lebih stabil dari pengkhianat-pengkhianat negara, maka bermula perjuangan yang sekian lama tertangguh dek kekacauan dan salakan anjing-anjing liar dalam negara. Perjuangan yang tertangguh yang saya maksudkan adalah dalam menegakkan PERLEMBAGAAN NEGARA..

http://deminegara.blogspot.com/2008/11/racial-polarisation-and-forging-of.html

http://kennvoices.blogspot.com/2010/09/raja-bogel-sotong-lembik.html

Ringkasnya, SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA dimulai dengan perjuangan SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA dalam memngembalikan IDENTITI negara MALAYsia dimana diantara lainnya Perkara 152 (BAHASA KEBANGSAAN) dan Perkara 153 (HAK PRIBUMI) tidak lagi digadaikan oleh pemimpin sendiri..

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG...

Bintangjauh said...

Salam Tuan KijangMas Demi Negara,

Serentak sama dengan diri saya dimana pada tahun ini 23 tahun menetap disini Peranchis dan selama ini lah saya meneliti secara halus didalam diam falsafah politik yang diamalkan oleh setiap ahli pemerintah baik bagi dipehak kanan juga dipehak kiri dan parti politik yang selainnya... dan kesimpulannya juga tidak lah begitu positif meski pun dari segi pembangunan ekonomi dan keperluan sosial/sosial needs itu dipenuhi demi slogan "berperikemanusiaan" itu dilaungcanangkan sebagai perisai untuk memenangi undian demi undian pada setiap 5 tahun, jadinya kemudahan/kemajuan itu dikongsikan hampir samarata oleh rakyat Peranchis sekalian meski pun masih terselit/ada kekurangan yang perlu diperbetulkan...

"Masyarakat sudah tiada paksi, tiada struktur", setuju sesungguhnya karena selama 23 tahun MB kelantan Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dengan jelas lagi nyatanya bermain dengan sabdaan Ilahi bagi menyamarkan kepercayaan rakyat Kelantan dimana kebanyakkan Islam dinegara kita Melayusia hanya tahu mengamali yang utama sahaja yakni mengerjakan solat dan puasa namun yang selainnya diperabaikan sebegitu sahaja dan jadi lah masyarakat bermentaliti hancur lumat yang selama ini termakan oleh gejala peras ugut menggunakan sabdaan songsang yang tidak pernah putus dilafazkan bagi mengecut takutkan rakyat Kelantan yang senang tunduk bukan karena akur namun kabur dari ilmu pengetahuan yang luas terbuka bagi menjernihkan rohani mereka menerima kemajuan hidup menjadi selesa, bersih dan harmoni yang dipinta oleh Islam sebenar tulen tanpa dihenyak oleh kemunduran hidup yang bertaraf tunggang terbalik tidak ketentuan tanpa keperluan asas maksima yang seharusnya diperuntukkan demi kemajuan negeri yang semestinya dinikmati bersama oleh rakyat sekalian Kelantan setaraf dengan janji-janji manis masam yang selama 23 tahun ini boleh dianggap sudah begitu azab dilalui kepada yang melarat hidupnya...

Jika benar Islam Pas tersebut menyampaikan sebuah amanat (kekuasaan bagi setiap seluruh ummat adalah amanat dari Ilahi) yang katanya datang dari sabda-sabdaan sakti dimana setiap kali "mayé hajat" yang dipinta bersujud disegenap pelusuk rakyat Kelantan, lumrahnya sudah diperkenankan sedari 23 tahun nan lalu pasti dengan nyatanya Kelantan sudah berkurun TER...lebih maju dengan kemajuan yang dikagumi oleh semua yang boleh dijadikan sebagai sebuah pertuguan contoh bagi negeri-negeri persekutuan yang selainnya... namun malangnya kemunduran itu yang dikecapi selama 23 tahun dibawah naungan Nik Aziz yang begitu bijak mempalsukan sabda-sabdaan dariNya... begitu hairan mengapa imam ulamak ahli agama bertauliah yang ada diMelayusia berdiam diri tanpa dihujah kembali kenyataan tersebut bahawasanya kepimpinan Pas sudah menyimpang jauh sehingga sanggup menjanjikan titian kepintu Syurga jika mengundi Pas, Nau'zubilahi Minzalik.. ! jangan disongsangkan keimanan kalian dek karena tekhayal oleh kata-kata khalimah yang palsu, hanya Ilahi yang berhak menentukan nasib hambanya dan bukannya seorang yang berkupiah dan berjanggut kering yang berilmu asyik dengan "mayé hajat" akan menukar corak kemajuan yang didambakan oleh semua dan ini lah masanya "hari ni kito T U K A R Kelaté !!!" Insya'Allah...

Semoga hendaknya yang dicita-cita akan menjadi kenyataan terhadap negeri Kelantan dan akhirnya selama 23 tahun yang berminum air keruh akan berminum air jernih umpama sejernih arusan air anaknya sungai nan bersih... Salam mesra dengan hormatnya kepada Tuan KijangMas yang budiman.

BintangJauh.

Unknown said...

omg you're ALIVE. I thought you'd never update XDD

Kenn said...

Orang cina secara amnya telah menyerlahkan sentimen perkauman dalam undi mereka. tengoklah keputusan Pulang Pinang, kepong, teresa kok. persilakanlah Najib tabur wang kepada mereka, binalah lebih banyak lagi sekolah vernakular utk mereka.. Mereka tetap kencing dari prk dulu hinggalah pru sekarang. Najib tidak mahu berubah lagi atau mau diubah? Demi Pribumi Semenanjung, UMNO, PAS, Berjasa dan Bebas (Perkasa) harus bergabung

wak segen said...

Assalamualikum Tuan KM,
As expected the GE13 results only proves the racial polarisation in Malaysia.
Your posting 'http://deminegara.blogspot.com/2008/11/racial-polarisation-and-forging-of.html
As Malaysian demography changes with the reducing nos. of Non-Malay/Bumi popultion, is this not the time to call for a Kerajaan Gabungan Melayu-Islam.
No more need to appease ,or to recocile just 'adil cara Islam'.
A lot can be done 'yang lebih berkat.'
For 50+ years how much have been wasted on this racial reconcialation.
Relocate funds for Chinese schools to oil royalties for Kelantan just as an example.
Hope you can write on this and better if we can start something simillar to the SSS on this.

wak segen said...

Assalamualikum Tuan KM,
As expected the GE13 results only proves the racial polarisation in Malaysia.
Your posting 'http://deminegara.blogspot.com/2008/11/racial-polarisation-and-forging-of.html
As Malaysian demography changes with the reducing nos. of Non-Malay/Bumi popultion, is this not the time to call for a Kerajaan Gabungan Melayu-Islam.
No more need to appease ,or to recocile just 'adil cara Islam'.
A lot can be done 'yang lebih berkat.'
For 50+ years how much have been wasted on this racial reconcialation.
Relocate funds for Chinese schools to oil royalties for Kelantan just as an example.
Hope you can write on this and better if we can start something simillar to the SSS on this.

AA said...

KijangMas,

Was a silent fan of your blog.
Cant wait for your commentary post GE13

AA

Anonymous said...

Napoknya the b#ruk tua still rules klate. Perlu diusahakan gerakkan mengharamkan perkataan Islam dari nama parti2 politik. Jika tidak, kekeliruan makin teruk, perpecahan & kemunduran ummah makin parok, Dap juga yg menang diusung oleh kaldai lebai malang. This is urgent. Pls start the ball roling. Thanks

ben said...

Salam 1Malaysia:

Macam mana Kelate nak membangung jika tiada atau kekurangan sumber yang mantap/kukuh - cuba bagi royalti ... mesti banyak pembangunang, tanpa banyak ketirisang. e.g., apa guna buat stadium baru tapi roboh ... tengah buat keje2 baik-pulih pong boleh roboh gak!

Lagi satu, x baik hina orang ... macam lah kita ni handai sangat, tak dok kelemahang! Agah mu...

tebing tinggi said...

Tengok barisan kabinet Najip ,nampak serupa sahaja dengan barisan exco kelantan,sungoh tidak menyakinkan.saolah bertentangan dengan apa yang dilaungkan olih Najib selama ini.
Apakah Najib tidak belajar ,atau tidak mendengar pandangan orang ,nama -nama yang banyak mencemarkan kabinet yang lalu seperti Hishamuddin ,Zahid Hamidi,Nazri Aziz masih kekal,Malaysia ketandusan tokoh nampaknya.